"Saya Memang Selalu Sindir Cikgu..."


Credit: Olaf Meyer

Hari ini hari pertama persekolahan tahun 2019. Saya Guru Tingkatan kelas Tingkatan 5 yang paling hujung. Kelas itu semua pelajar lelaki. Tahun lepas saya mengajar mereka BI & mereka merupakan kelas yang paling mencabar untuk saya.

Hari pendaftaran adalah semalam (1/1/2019) tetapi hanya separuh sahaja yang datang, jadi kami hanya isi borang & atur kelas. Hari ini (2/1/2019) PdP seperti biasa & waktu petang mereka ada latihan sukan, jadi tidak ada masa untuk ada mesyuarat kelas.

Hampir semua pelajar kelas saya tinggal dalam asrama sekolah, jadi saya memilih untuk meluangkan masa untuk bermesyuarat dengan mereka pada waktu sesi belajar malam. Saya tak nak ganggu waktu aktiviti mereka yang lain & malam ini paling sesuai sebab belum lagi ada banyak kerja rumah.

Saya bertolak awal dari rumah saya & pada pukul 7.15pm saya sudah memanggil mereka untuk turun cepat dari asrama. Pada 7.30pm, saya masuk semua kelas dan minta mereka bagi kerjasama & senyap walaupun saya bukan waden / guru bertugas. Saya tak nak ada ganguan untuk mesyuarat kita.

Pada hampir pukul 9pm, saya mengakhiri mesyuarat kelas saya dengan menyatakan bahawa saya gembira menjadi Guru Tingkatan mereka & saya berharap tahun ini akan menjadi tahun terbaik buat mereka. Terdapat beberapa orang pelajar yang suka membebel waktu saya bercakap jadi saya pun mintalah kerjasama semua & saling menghormati.

Seorang pelajar tiba-tiba menjawab, "Respect?! I don't understand... What is respect?" Saya menjawab hanya dengan renungan yang bertanya, "Okay, dah puas?" Tiba-tiba dia berdiri & mengumumkan dengan suara yang kuat, "Sebenarnya, saya nak mengaku... Saya memang selalu sindir cikgu." Dia pandang kawan-kawannya. Mereka tidak ketawa, jadi dia pun berjalan mendekati saya & mengulang sekali lagi dengan nada yang menyindir, "Saya nak minta MAAF lah, cikgu. Saya betul-betul BANYAK menyindir cikgu dengan kawan-kawan saya." Dia memandang kawan-kawannya lagi tapi mereka tidak ketawa. Tiba-tiba dia ambil tangan saya, salam, goyang dengan kuat, dan cium dengan bunyi yang sengaja dikuatkan, "MuuuuuuAH! MuuuuuuuAH!"

Apabila kawan-kawannya tidak memberikan sambuatan yang dikehendakinya, dia pun pegang bahu saya dengan kuat & mengumumkan, "Maafkan saya cikgu, ya? Saya INSAF ni." Tidak ada sambutan. Dia pula main tarik-tarik dengan bahu saya, "Saya minta maaf ya cikgu. Saya nak berUBAH tahun ini." Tidak ada sambuatan. Dia pun kembali ke tempat duduknya dengan bangga.

Air mata. Oh hatiku.

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

How To Fix Logitech Options Not Loading

A Review of Mosquito Coils In The Market

Exotic Fruit: Buah Isu