Laman-Laman Tersebut Untung Daripada "Cyberbully" Seorang Guru

Disclaimer: Mohon maaf atas kekurangan bahasa saya. Minta tunjuk ajar ya! Kalau nak tolong edit, boleh juga!

Pada hari Isnin minggu lepas, nampaklah juga di fb sebuah nota yang ditulis oleh seorang guru BI yang mempunyai kesilapan bahasa yang ketara. Guru juga yang kongiskannya tetapi yang menyedihkan adalah guru itu turut menyindir rakan seperjuangannya. Dalam hati, saya berfikir perbuatan ini seperti meludah ke langit. Tetapi tak apa, biarkan sahaja. Hangat-hangat tahi ayam. Tak lama lagi orang akan lupakan.

Tetapi hari seterusnya isu tersebut telah ditularkan ke ENAM laman web yang dilanganni berjuta-juta orang. Maka bacalah saya apa yang mereka tularkan itu. Didapati bahawa artikel-artikel tersebut hanyalah "clickbait", berat sebelah, & banyak ditambahnya cili & bawang, TANPA memberikan guru tersebut peluang untuk mempertahankan diri. Tak apa kalau nak tular, tetapi jangan sahaja berat sebelah. Masa itulah saya rasa agak panas kerana tindakan mereka ini tidak adil & berunsuran "cyberbullying".

Mereka tidak sedar bahawa kerjaya & semangat guru tersebut, yang mungkin merupakan seorang guru bukan opsyen BI, akan terjejas selama-lamanya. Bila benda seperti ini menjadi tular, satu penyiasatan akan dijalankan & guru tersebut akan dipanggil untuk menjawab. Benda ini mungkin seronok untuk mereka berkomen & menular sekejap, tetapi masa depan seorang guru yang hanya menjalankan tugasnya mungkin terjejas selama-lamanya. Apabila guru dikecam seperti ini, siapa lagi yang berani mengambil kelas BI nanti? Takkan lah nak kelas BI dibiarkan kosong? Lebih baik diambil seorang guru yang tidak sempurna bahasanya tetapi baik orangnya & kreatif pengajarannya.

Jika tiada yang ingin memberikan peluang untuk guru tersebut mempertahankan diri & menghentikan "cyberbullying" ini, maka saya cuba menjelaskan situasi tersebut melalui sebuah tulisan dalam BI untuk tatapan ibubapa: https://www.jarodyong.com/2019/12/teacher-was-cyberbullied-because-of-their-english.html

Selain itu, tulisan tersebut telah saya sebarkan ke kumpulan-kumpulan fb yang diikuti ibubapa, termasuklah kumpulan asal gambar nota tersebut. Tidak sangka saya banyak juga komen toksik & kritikan yang ditaburkan keatas saya pula. Bersangka baik. Ibubapa sibuk dengan kehidupan mereka, bukannya faham pun keadaan sebenar dalam sekolah. Jadi saya meluangkan masa sehingga awal pagi untuk menjawab soalan/kritikan mereka & menyeru agar tenaga kritikan mereka dituju kepada tempat yang betul. Kalau mereka betul-betul ambil berat, cadangkan kepada pihak KPM & Menteri Pendidikan agar Bahasa Inggeris diutamakan & memperbanyakkan lagi guru-guru yang terlatih dalam opsyen BI. Saya juga telah mencabar mereka untuk membantu di sekolah anak-anak mereka, bukan sekadar menyumbang sebagai "keyboard warrior" sahaja.

Malam itu juga, ibu yang menaikkan gambar nota tersebut menghubungi saya. Mesej dia sangat sopan & menerangkan bahawa dia tidak berikan kebenaran kepada laman-laman yang menular isu tersebut. Dia sudah turunkan gambar yang tular itu. Tambahan pula, dia sedang menghubungi admin laman-laman web tersebut untuk menurunkan artikel mereka yang telah menggunakan namanya & gambarnya tanpa kebenaran. Ibu tersebut bukannya sengaja untuk menularkan isu tersebut.


Tengok screenshot mesej daripada laman-laman tersebut, kononnya nak "shed more light on the issue" & "push the government into action". Mulianya. Tetapi mereka naikkan artikel tanpa kebenaran, berat sebelah, & guru tersebut tidak diberkan peluang untuk mempertahankan diri. Jadi nyata disini bahawa laman-laman tersebut juga terlibat secara langsung dalam "cyberbullying".

Balik kepada kisah ibu & nota guru, sebenarnya...
Ibu tersebut sudah mencuba beberapa kali untuk berjumpa dengan guru anaknya. Sebagai seorang ibu, dia hanya inginkan butiran-butiran untuk membantu anaknya meningkatkan prestasi. Malangnya, guru tersebut ada urusan rasmi dan tidak berkesempatan untuk berjumpa, jadi nota itu ditulis & diserahkan.

Bukan niat dia untuk menular, ataupun memerli guru tersebut. Dia amatlah terkejut & kecewa dengan perisian nota tersebut selepas berbalik-balik ke sekolah selama beberapa hari berturut-turut. Demi melepaskan rasa tidak puas hatinya gambar nota tersebut telah dimuat naik ke sebuah kumpulan fb yang dianggapnya tertutup. Tidak tersangka isu ini akan ditularkan tanpa kebenarannya. Selepas itu, dia telah menurunkan gambar nota tersebut & sedang berusaha untuk meminta admin menurunkan artikel mereka.

Kalau nak mengadu, itu hak ibubapa. Dalam zaman IR4.0 ini, kita mesti bersedia untuk makin banyak aduan naik ke sosial media. Jangan sekali-kali kita mengacau ibubapa/murid. Paling penting sekali, kita perlu keluarkan sampah dalam dunia "attention economy" yang telah mengaut keuntungan daripada cyberbullying seorang guru, jadi...


Saya memohon agar kita sama-sama BLOCK laman-laman web tersebut:
1. says https://www.facebook.com/saysdotcom/
2. world of buzz https://www.facebook.com/worldofbuzz/
3. mothership sg https://www.facebook.com/MothershipSG/
4. asiaone https://www.facebook.com/asiaonecom/
5. redchili21 my https://www.facebook.com/RedChili21MY/
6. mashable southeast asia https://www.facebook.com/MashableSEA/

Di Facebook, Klik "...", Klik "BLOCK", Klik "CONFIRM".

Laman-laman ini masih lagi belum menurunkan artikel mereka, walaupun telah dimohon:
1. mothership.sg
2. asiaone

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

How To Fix Logitech Options Not Loading

Exotic Fruit: Buah Isu

Tip SPM Dari Pelajar-Pelajar Cemerlang Straight A+