Posts

Showing posts from August, 2020

Rukun Negara dalam Inggeris, Melayu, Cina, & Tamil

Image
Pelbagai isu digunakan kebelakangan ini untuk memecah belahkan masyarakat majmuk kita: bahasa ada, agama ada, kaum pun ada.   Jom amalkan Rukun Negara kita: Matlamat bersama seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa, budaya, bahasa, & pendapatan.   Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Mari kita bersama-sama mengharumkan & memajukan Tanah Tumpah Darahku .  

Pendapat Seorang Guru: DAPSK Tampal Terjemahan Cina Di Papan Tanda Jalan Sekitar Kuching

Image
    Jom kita pakai Jalan Peace 🕊️. Sebenarnya, orang Sarawak tidak kisah sangat dengan isu bahasa ini. 🤷🏽 Dalam masyarakat majmuk kami, pelbagai bahasa diterima & diraikan. Selain Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, & Hindi, kami juga berbahasa Iban, Bidayuh, Penan, & banyak lagi. ❤️ Di Katibas (pedalaman), jangan harian apabila orang Iban berbahasa Hokkien & orang Cina berbahasa Iban. ❤️ Di Kuching (bandar) pula, slogan SMK St Teresa ditulis dalam jawi secara besar-besaran di dinding dewannya. Sekolah itu pernah ditadbir oleh biarawati Kristian, tau? ❤️ Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan & menjadi pengantar utama di sekolah. 👍🏽 Bahasa Inggeris pula diterima sebagai salah satu bahasa rasmi pentadbiran negeri & digunakan dalam pengajaran Sains & Matematik di sekolah. 👌🏽 Saya mengaku bahawa kami sering ketawa apabila isu bahasa dipolitikkan di semenanjung Malaysia. Sekarang terjadi kepada kami sendiri pula! 😅 DAPSK menjela...