Pendapat Seorang Guru: DAPSK Tampal Terjemahan Cina Di Papan Tanda Jalan Sekitar Kuching

 
 
Jom kita pakai Jalan Peace 🕊️.

Sebenarnya, orang Sarawak tidak kisah sangat dengan isu bahasa ini. 🤷🏽 Dalam masyarakat majmuk kami, pelbagai bahasa diterima & diraikan. Selain Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, & Hindi, kami juga berbahasa Iban, Bidayuh, Penan, & banyak lagi. ❤️

Di Katibas (pedalaman), jangan harian apabila orang Iban berbahasa Hokkien & orang Cina berbahasa Iban. ❤️ Di Kuching (bandar) pula, slogan SMK St Teresa ditulis dalam jawi secara besar-besaran di dinding dewannya. Sekolah itu pernah ditadbir oleh biarawati Kristian, tau? ❤️

Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan & menjadi pengantar utama di sekolah. 👍🏽 Bahasa Inggeris pula diterima sebagai salah satu bahasa rasmi pentadbiran negeri & digunakan dalam pengajaran Sains & Matematik di sekolah. 👌🏽

Saya mengaku bahawa kami sering ketawa apabila isu bahasa dipolitikkan di semenanjung Malaysia. Sekarang terjadi kepada kami sendiri pula! 😅

DAPSK menjelaskan bahawa mereka hanya membantu kerana dari dulu sememangnya papan tanda jalan di Kuching disertakan dengan terjemahan Bahasa Cina (seperti papan tanda yang digambarkan di sini). 🤔

Kalau begitu, cikgu nak membantu juga. Kan anak Sarawak, Henry Golding, terkenal sekarang? Esok cikgu menceriakan semua papan tanda jalan dengan muka pelakon hensem ini lah. Dapat banyak pelancong nanti kan? 😍 Cikgu lekat atas muka cikgu sendiri lah. Mesti pelajar tak tidur kelas & left WhatsApp group kan? 😓

Cikgu sudah sangat jijik dengan politik Malaysia sekarang. 🤮 Tolonglah jangan. Harapan saya kepada mana-mana parti politik pada abad-21 ini adalah (1) jauhilah benda mengarut berunsurkan perkauman, (2) jadilah pemimpin yang berjuang untuk SEMUA kaum berdasarkan prinsip & moral, (3) tunjukkan teladan yang baik sebagai pemimpin yang LAYAK memerintah, & (4) perjuangkan apa-apa bahasa dengan aktiviti positif yang menarik perhatian rakyat & bukannya sandiwara yang memualkan.

Cikgu nak mohon maaf atas segala kesilapan & kekurangan bahasa cikgu BI ini. 🙏🏽
Yang nak belajar BI, bolehlah layan video pelajaran yang dihasilkan cikgu. 🤩
Jangan lupa pakai mask ya! 😷
Sekian, terima kasih & selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Popular posts from this blog

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

How To Fix Logitech Options Not Loading

A Review of Mosquito Coils In The Market

Exotic Fruit: Buah Isu