Kenapa Cikgu Rasuah Pelajar Mengikuti Kelas?

Inilah sebabnya cikgu bagi top up RM10 sebulan kepada pelajar yang mengikuti kelas atas talian.


Cikgu yang mengeluarkan duit untuk membantu pelajar tolong angkat tangan!

Sekolah dah tutup. PdPR dah berlangsung dalam talian / secara jarak jauh. Dah bermula juga kecaman macam-macam terhadap guru Malaysia. Sesetengah keyboard warriors Malaysia ini macam otaknya tertinggal di zaman neolitik. Kalau nak kritik, boleh. Kritik la dengan otak sikit. Tapi ini bagai air beriak tanda tak dalam. (Cikgu memang minat peribahasa Melayu.)

Sampai waktu cikgu buat ceramah SPM percuma di YouTube (pautan ada di bawah) pun ada orang buat fake account & kacau di live chat / ruangan komen & dislike video-video cikgu. Lepas disekat pula, buka akaun lain & kacau lagi! Inilah asal usul troll. Lepas habis sekolah, jadi pula troll dewasa di media social.

Dari PKP bulan Mac dulu, bila cikgu nak bantu & beri ganjaran top up kepada pelajar yang mengikuti kelas atas talian cikgu, banyak yang PM cikgu untuk menghulurkan bantuan. Terdapat juga banyak netizen yang mulia, murah hati, & proaktif. Dengan sumbangan mereka, cikgu telah memberikan top up RM10 sebulan kepada setiap orang pelajar yang mengikut kelas online cikgu dari bulan Mac lalu.

Cikgu nak sebut juga nama malaikat-malaikat ini. Terima kasih kepada Sarah Lasung, Cikgu Ash, Yap Ju Lian, Evelyn Zeigler, Rachel Sing Ee, Jonathan Chu, & Cheryl Fernando! Mari kita doakan rezeki murah kepada mereka!

Masa itu juga mulalah orang mengkritik ganjaran ini. Ada yang langsung tak membina, seperti komen cikgu bagi rasuah. Ada juga yang berakal sikit, seperti cikgu patut membina motivasi intrinsik dengan aktiviti projek dan inkuiri. Ada juga yang maklumkan tentang data & telefon pintar percuma dari YTL Foundation​. Pelajar saya ada mohon, tapi tak terima apa-apa.

Tetapi hakikatnya, murid-murid cikgu bukannya daripada keluarga berada & segelintir ibubapa mereka kehilangan kerja disebabkan krisis COVID-19 ini. Dalam gambar diatas, terbuktinya pelajar-pelajar cikgu memerlukan bantuan. Ada yang terpaksa meminjam daripada telco & menampung kos yuran yang tinggi. Ada yang berhutang dengan telco. Kebanyakan mempunyai baki yang sangat rendah. Sekurang-kurangnya, cikgu telah menyelesaikan alasan tak ada data untuk menghadiri kelas atas talian. Pelajar cikgu pun lebih bermotivasi untuk menghadiri kelas.

Dengan perkongsian ini, cikgu berharap agar semua warga Malaysia akan bergabung untuk mengatasi cabaran-cabaran pendidikan, sosioekonomi, dan lain-lain bersama-sama. Kritik & kutuk di media sosial ini bukannya sesuatu yang membina. Kalau anda betul-betul sayangi Malaysia & inginkan negara kita maju menghadapi abad baharu, hulurkan bantuan dan sokongan anda, bagai aur dengan tebing.


===Pautan Ilmu===

Kelas atas talian MyTuition: https://bit.ly/englishwithjarod
Komuniti Discord "Better English Together!" https://discord.gg/XbhA88D
YouTube "Cara Senang Lulus BI SPM:" https://bit.ly/SenangLulusBISPM
YouTube
"How to write A+ essays:" https://bit.ly/AEssays
Telegram BI
SPM (Ting. 4-5): https://t.me/SPM_English_Jarod
Telegram BI
PT3 (Ting. 1-3): https://t.me/PT3_English_Jarod

Popular posts from this blog

What To Do When Your Unifi Service Suddenly Drops

Understanding The New SPM (2021) English 1119 Paper Format

How To Fix Logitech Options Not Loading

Exotic Fruit: Buah Isu

Tip SPM Dari Pelajar-Pelajar Cemerlang Straight A+